suria

Ahli Umno Perlu Bersatu Pertahan Kepimpinan - Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
SHAH ALAM: Ahli Umno perlu bersatu dan bergabung tenaga untuk mempertahankan parti dan kepimpinan negara kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Orang yang kita mahu pertahankan bukan Datuk Seri Najib Razak tetapi presiden Umno.

"Orang yang kita mahu pertahankan bukan Najib tetapi Perdana Menteri," kata Hishamuddin pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Shah Alam, Sabtu.

Hishamuddin juga berkata tanpa sokongan akar umbi parti itu tidak dapat bergerak ke hadapan.

Beliau mengingatkan para perwakilan bahawa Umno telah melalui pelbagai dugaan selama ini.

Hishamuddin berkata parti itu telah berdepan cabaran yang besar pada masa lalu apabila Timbalan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan rakyat telah dihasut untuk membenci kepimpinan negara.

Walau bagaimanapun, keyakinan ahli-ahli parti dalam Umno telah menghalang parti itu daripada runtuh.

Mengenai syarikat pelaburan kontroversi di Selangor, Darul Ehsan Investment Group (DEIG), Hishamuddin menggesa Adun Barisan Nasional untuk membuat pertanyaan mengenai perkara itu tetapi pada masa yang sama tidak menyimpang jauh.

"Tanya banyak soalan tetapi jangan mempolitikkan perkara itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Najib Tiba Di Kelantan

Artikel Lain