suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Kutuk Tindakan DAP 'Politik' Hari Merdeka

Datuk Seri Liow Tiong Lai
BENTONG: MCA mengutuk tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mempolitikkan sambutan Hari Kemerdekaan.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sambutan Hari Merdeka adalah untuk semua orang, jadi tidak sepatutnya ada tema yang berbeza bagi negeri-negeri.

"Ia adalah satu hari peristiwa serius yang menandakan kemerdekaan negara dan orang ramai tidak wajar berjenaka mengenainya," katanya pada mesyuarat agung tahunan Wanita MCA Pahang di sini pagi Sabtu.

Beliau mengulas tindakan Guan Eng yang mengumumkan tema Hari Merdeka yang berasingan - 'Bersih, Cekap dan Amanah' untuk Pulau Pinang.

Tiong Lai berkata tema Hari Merdeka tahun ini adalah 'Sehati Sejiwa' yang sepatutnya digunakan di seluruh negara, tetapi Guan Eng telah mengumumkan tema yang berasingan bagi Pulau Pinang, yang mengelirukan rakyat.

"Malah ia adalah slogan yang digunakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini semasa beliau menjadi perdana menteri.

"Lim Guan Eng boleh mempolitikkan setiap isu termasuk Merdeka," katanya.

Tiong Lai juga berkata matlamat utama PAS adalah untuk menubuhkan sebuah negara teokratik di Malaysia.

Artikel Lain