suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Samun Pekerja Kedai Serbaneka

GEORGE TOWN: Dua pekerja warga asing sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Macalister, di sini berhadapan detik cemas apabila disamun seorang wanita yang berpura-pura membeli rokok dalam kejadian tengah malam Khamis.

Dalam kejadian pukul 12.55 tengah malam itu, dua pekerja berusia lingkungan 30-an, didatangi seorang wanita memakai topi keledar untuk membeli dua kotak rokok.

Jurucakap polis berkata, ketika seorang daripada pekerja itu hendak memberikan rokok berkenaan kepada wanita tersebut, suspek bertindak mengeluarkan pisau dari poketnya dan mengarahkan dua pekerja berkenaan diam serta tidak melawan.

"Suspek turut menggugut untuk mencederakan dua pekerja itu dan pada masa sama, mengarahkan mereka menyerahkan duit yang terdapat dalam mesin wang," katanya di sini, Jumaat.

Beliau berkata pekerja warga Nepal itu kemudian menyerahkan wang tunai sebanyak RM155 dan dua kotak rokok kepada suspek sebelum dia melarikan diri menaiki motosikal bersama rakan lelakinya yang menunggu di luar kedai serbaneka tersebut.

"Dua pekerja itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana tidak melawan dan mereka membuat laporan polis selepas kejadian berkenaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan katanya siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya terdapat CCTV di dalam kedai serbaneka 24 jam berkenaan dan pihaknya akan meneliti untuk mengenal pasti suspek yang terlibat.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Samun, Kedai Serbaneka

Artikel Sebelum

Artikel Lain