suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pulau Pinang Kekal Tema Merdeka

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri terus berpegang kepada tema sambutan Hari Merdeka tahun ini iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' walaupun pihak sekolah diharamkan menyertai sebarang acara sambutannya.

"Setiausaha Kerajaan Negeri akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan dan jika mereka tetap haramkan, kita akan teruskan lagi.

"Biarlah mereka mengisytiharkan 'Bersih, Cekap dan Amanah' haram," kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng menerusi mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau kini dalam rangka lawatan kerja ke Hong Kong.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy berkata tema itu telah diputuskan oleh exco kerajaan negeri itu minggu lalu.

"Tolong jangan samakan slogan dengan gerakan Bersih. Bagi tempoh tujuh tahun yang lalu, kerajaan sentiasa mempunyai tema yang berbeza daripada Kerajaan Persekutuan. Kami tidak menganjurkan sambutan Hari Kemerdekaan kita sendiri.

"Ini adalah satu aktiviti kebangsaan di bawah tema yang berbeza," katanya pada sidang media di pejabatnya pada Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain