suria

153,807 Rumah PR1MA Dilulus Untuk Pembinaan Di Seluruh Negara

PUTRAJAYA: Sebanyak 153,807 unit kediaman projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah diluluskan untuk pembinaan di seluruh negara setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Beliau berkata sebanyak 24,923 unit akan dibina di Pulau Pinang; Melaka (18,171); Sabah (17,384); Selangor (16,328); Perak (15,870); Kedah (13,391); Johor (12,860); Negeri Sembilan (8,022); Kuala Lumpur (6,172); Sarawak (5,295); Pahang (4,978); Perlis (4,876); Kelantan (2,979); Terengganu (1,998) dan Putrajaya (560).

"Setakat ini 41,587 unit rumah sedang dalam pembinaan manakala 112,000 lagi masih dalam peringkat perancangan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Menurutnya 26 projek merangkumi sebanyak 60,000 unit rumah pula akan diundi menjelang hujung tahun ini.

Setakat Julai lepas sebanyak 1.2 juta orang telah berdaftar untuk mendapatkan rumah PR1MA, katanya.

PR1MA merupakan skim perumahan bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan.-- Bernama

PR1MA, Abdul Mutalib Alias

Artikel Berikut

Artikel Lain