suria

Tun M Guna Pembangkang Singkir Najib

Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas kerana cuba mempergunakan pembangkang bagi menjayakan cita-citanya untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masalah utama yang berlaku di negara ini tidak akan diselesaikan menerusi penyingkiran Najib, manakala Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.

"Isu utama yang melanda dan menimbulkan polemik negara bukan hanya berpunca daripada Datuk Seri Najib sahaja, tetapi ianya lebih kepada budaya dan sistem pentadbiran negara yang sudah korup yang diwarisi daripada Tun Dr Mahathir.

"PAS melihat cadangan Tun Dr Mahathir sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib untuk menyelamatkan parti kesayangan beliau iaitu Umno yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai formula yang diberikan Dr Mahathir kepada pembangkang sekiranya mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun tegas Dr Mahathir, formula berkenaan hanya akan berhasil jika ia tidak menggugat penguasaan BN di peringkat Persekutuan.

Artikel Berikut

Artikel Lain