suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekecohan Di Stadium Larkin Selepas JDT Menang 4-1 Ke Atas Perak

JOHOR BARU: Keputusan perlawanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menewaskan Perak dengan 4-1 mengakibatkan kekecohan berlaku di Stadium Larkin.

Kekecohan tersebut berikutan seorang lelaki melepaskan tembakan suar semasa penonton bersurai keluar dari stadium selepas perlawanan Liga Super pada Rabu malam.

Polis dengan segera menahan penyokong berkenaan namun sebaliknya orang ramai mula menjerit kepada pasukan berkuasa itu.

Para penyokong diarahkan bersurai serta-merta namun arahan itu tidak diendahkan.

Sebahagian penonton mula membaling botor air malah batu kepada pihak polis.

Difahamkan seorang anggota polis cedera dalam insiden tersebut.

Situasi berkenaan kemudiannya terkawal selepas itu.

Kemenangan JDT pada Rabu membolehkan skuad Harimau Selatan memintas kedudukan Pahang di tangga teratas liga dengan kelebihan dua mata dengan kutipan 46 mata selepas 21 perlawanan. 

Artikel Berikut

Debaran Tetamu Haji

Artikel Lain