suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haram Guling Kerajaan - Mufti Perak

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata  tindakan mengguling kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Beliau berkata sebagai seorang Islam perlu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Katanya orang Islam diwajibkan untuk menasihati kerajaan jika terdapat unsur kezaliman dalam pentadbiran dan itu merupakan jihad terbesar.

"Dan ini kita sudah usahakan. Kita telah menubuhkan pertubuhan ulama umarak yang terdiri daripada perdana menteri, menteri-menteri dan ulama, mufti-mufti yang kita adakan persidangan setiap tiga bulan sekali.

"Dalam mesyuarat itu kita akan memberi nasihat dan pandangan... kita tegur apa yang patut dan tidak patut dibuat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Restoran D'Asnaf di sini, Khamis.

Harussani berkata sebagai anggota kerajaan termasuk menteri dan Exco kerajaan negeri, mereka telah berikrar melaksanakan tugas mengikut perlembagaan yang ditetapkan.

"Ikrar berkenaan yang menyatakan sumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali merupakan sumpah yang perlu dilaksana... kalau dia melanggar sumpah, maknanya dia dilaknat Allah.

"Bila kita bersumpah selagi sumpah itu tidak melanggar syarak, wajib kita laksanakan... kalau bersumpah untuk melakukan benda melanggar syarak, wajib dia batalkan sumpah," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai 'vape', Harussani berkata setiap sesuatu yang mendatangkan bahaya terhadap kesihatan adalah haram menurut Islam.

"Setakat ini belum lagi (dikeluarkan fatwa rasmi)... jika ada orang minta untuk keluarkan fatwa, kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) akan panggil bahagian pendidikan dan kesihatan untuk terangkan kepada kita, baru buat (keluarkan) fatwa," katanya.

Artikel Lain