suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesyuarat MT Umno 9 September - Ku Nan

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan pada 9 September depan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata tarikh itu diputuskan bagi memastikan semua bahagian selesai bermesyuarat terlebih dahulu.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penajaan taman angkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, Khamis.

Sementara itu, beliau menggesa penganjur perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos ini supaya memilih lokasi lain selain Dataran Merdeka.

"Di Dataran Merdeka tidak sesuai kerana ia tempat bersejarah dan dijadikan lokasi untuk sambutan kemerdekaan," katanya sambil mencadangkan penganjur mengadakannya di stadium seperti Stadium Melawati di Shah Alam.

Sebelum ini, polis dan DBKL meminta penganjur perhimpunan itu tidak mengadakannya di Dataran Merdeka.

Tengku Adnan Tengku Mansor, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain