suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangkok Huru-Hara Selepas Berlakunya Letupan Bom

BANGKOK: Seperti berada di zon perang! Bunyi siren polis dan kenderaan penyelamat yang bergegas melalui jalan-jalan sesak di ibu negara Thai dapat didengar sebagai tindak balas segera kepada kejadian letupan bom berhampiran kuil dewa Hindu Erawan yang popular di sini.

Kaca yang berkecai dapat dilihat bertaburan di atas jalan, akibat letupan kuat yang menggegarkan kawasan pusat yang sibuk di bandaraya Tahiland.

Sekumpulan besar kumpulan orang ramai yang ingin tahu tentang kejadian dapat dilihat di kawasan letupan, walaupun terdapatnya laporan bahawa pihak berkuasa kini sedang mencari adanya bom susulan selepas mendapati satu lagi objek mencurigakan berhampiran kawasan itu.

Trafik pada dasarnya mengalami gangguan, kerana polis mengepung jalan-jalan menuju ke kawasan itu, menyebabkan jalan-jalan yang telah sedia sibuk itu bertambah sesak.

Banyak trak bomba dan kereta peronda polis berada di tempat kejadian, dengan ambulans menunggu di luar Hospital Besar Polis di sini.

Satu kekecohan kecil berlaku apabila dua wanita berlari ke dalam kawasan kepungan dan mula meraung.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah hubungan mereka dengan mana-mana mangsa yang telah terkorban dalam kejadian itu.

Laporan media setakat ini menunjukkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 78 cedera dalam letupan itu, dengan tidak ada yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Artikel Lain