suria

Pertemuan Dengan Tun M Hal Peribadi - Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah mengakui bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tetapi enggan mendedahkan intipati perbincangan mereka.

"Ia pertemuan peribadi, lebih baik tanya Tun M," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Beliau berkata, bekas Presiden Umno itu yang meminta supaya diadakan pertemuan itu.

Perselisihan antara Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dan Dr Mahathir menyebabkan perpecahan dalam Umno pada 1997 hingga Ku Li membentuk Semangat 46 sebelum kembali semula kepada Umno.

Tengku Razaleigh juga memaklumkan beliau turut menemui Datuk Seri Najib Tun Razak pada dua masa berlainan.

"Beliau menjemput saya untuk mendapat pandangan dan saya memberi nasihat kepadanya," kata bekas Menteri Kewangan itu apabila ditemui wartawan pada majlis Aidilfitri Persatuan Anak Gua Musang di Taman Alam Sutera di sini.

Tengku Razaleigh juga mengulangi bahawa ia adalah majlis peribadi dan tidak sesuai untuk beliau mendedahkan apa yang dibincangkan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain