suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Derma Politik Perlu Kebenaran Bertulis - SPRM

PETALING JAYA: Sebarang bentuk sumbangan politik yang disalurkan terus kepada individu dalam parti tertentu hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada pemimpin parti masing-masing.

Perkara itu dinyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai antara langkah terbaik untuk membina persepsi positif di kalangan rakyat.

Menurut suruhanjaya itu, dana politik berkenaan hendaklah tidak mempunyai kaitan langsung dengan tugas rasmi kedua-dua individu yang menerima dan yang menderma dana politik berkenaan.

"Antara cara terbaik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengisytiharkan apa jua punca kewangan sesebuah parti politik dan akaun parti atau pertubuhan politik juga hendaklah boleh diaudit oleh juruaudit bertauliah setiap tahun kewangan berakhir atau pada bila-bila masa bagi tujuan pemantauan oleh pihak berkuasa," kata SPRM menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menerusi syor yang dikemukakan sebelum ini, SPRM telah mengesyorkan supaya kerajaan mengkaji sumbangan dana politik supaya sumbangan dana kepada parti politik dimasukkan terus ke akaun parti, dan bukannya ke dalam akaun persendirian mana-mana pemegang amanah.

"Ini bagi menjamin ketelusan mana-mana parti dan individu," jelas kenyataan itu.



SPRM, derma politik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain