suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Beg Plastik

Bayi perempuan yang ditemui dalam beg plastik di Shah Alam, Sabtu.

SHAH ALAM: Bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam beg palstik di Desa Latania, Seksyen 37 di sini, pagi Sabtu.

Suara bayi menangis mengejutkan orang awam yang melintas kawasan berkenaan dan menemui bayi berkenaan pada kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan memaklumkan perkara itu.

"Bayi yang ditemui itu masih mempunyai tali pusat.

"Bagaimanapun, tiada nota ditinggalkan bersamanya," katanya.

Bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Klang pada kira-kira pukul 10.45 pagi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana buang bayi.

bayi, Desa Latania

Artikel Berikut

Artikel Lain