suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh Visa Percuma Pelancong Taiwan Akan Dilanjut Kepada 30 Hari

Dr Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR: Tempoh visa percuma bagi pelancong Taiwan untuk berada di Malaysia akan dilanjutkan kepada 30 hari.

Pada masa ini, pelancong Taiwan hanya dibenarkan berada di negara ini selama 15 hari dan rakyat Malaysia boleh berada di Taiwan selama 30 hari tanpa visa.

"Kabinet meluluskan perkara ini dua minggu lalu," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong pada perasmian Taiwan Higher Education Fair di sini, Jumaat.

Beliau berkata, langkah itu bagi membantu merangsang ekonomi dan industri pelancongan di negara ini.

"Malaysia mempunyai banyak tarikan dan tempat-tempat menarik untuk ditawarkan, para pelancong perlu mempunyai lebih masa untuk menerokainya," katanya, sambil menambah bahawa lebih 274,000 pelancong Taiwan berkunjung ke negara ini dan membelanjakan RM700 juta di sini pada tahun lalu.

Wee Ka Siong

Artikel Lain