suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Inspektor Polis Ditahan SPRM

SEREMBAN: Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan dua inspektornya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan RM3,500 daripada orang awam.

Beliau berkata SPRM menghubunginya lewat petang Isnin bagi memaklumkan penahanan pegawai terbabit.

"Kedua-duanya ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi kes yang sedang disiasat mereka.

"Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan," katanya kepada media di sini.

Kedua-dua inspektor itu yang masing-masing berusia 26 dan 28 tahun, ditahan SPRM di Terminal 1, di sini kira-kira pukul 6.10 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.-- Bernama

SPRM, Inspektor

Artikel Lain