17 Ogos Ditetapkan Anwar Cabar Keputusan Lembaga Pengampunan - Semasa | mStar

17 Ogos Ditetapkan Anwar Cabar Keputusan Lembaga Pengampunan

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Ogos ini bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyennya untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi sabitan kesalahan dalam kes liwat.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu dalam kamarnya apabila kes itu dikemukakan kepadanya Selasa.

Seseorang pemohon perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum meneruskan dengan permohonan semakan kehakiman.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar memberitahu pemberita hakim juga membenarkan permohonan anak guamnya untuk pindaan kecil dalam kertas semakan kehakiman.

Pada 24 Jun, Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuannya Nurul Izzah dan Nurul Nuha memfailkan permohonan untuk mengetepikan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac dan agar lembaga itu menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan  Anwar, 67.

Mereka juga memohon perintah mandamus agar lembaga itu mengadakan semula mesyuaratnya dan menimbang semua perkara berhubung petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja yang dikemukakan anggota keluarga Anwar serta mempersembahkan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonannya, Anwar mendakwa keputusan lembaga itu melanggar peraturan keadilan asasi dan oleh itu, adalah tidak sah.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman terhadapnya pada 10 Feb kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.-- Bernama

Anwar Ibrahim , Lembaga Pengampunan

Artikel Sebelum

Dua Inspektor Polis Ditahan SPRM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?