suria

Ku Nan 'Tutup Mulut' Isu Dana RM2.6 Bilion

Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR: Walaupun isu dana politik sumbangan penderma  berjumlah RM2.6 bilion hangat diperkatakan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor enggan menjawab sebarang pertanyaan media mengenai kontroversi berkenaan.

"Saya tahu anda semua nak tanya isu politik. Tapi hari ini majlis hari raya, tak payah tanya isu politik.

"Isu politik tanya selepas raya, hari ini kita raikan hari raya dulu," katanya pada sidang media di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Wilayah Persekutuan pada Selasa.

Pendirian Tengku Adnan yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) ternyata menghampakan wakil media pelbagai agensi yang hadir bagi mendapatkan penjelasannya berhubung situasi politik dalam Umno dan BN termasuk isu dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Walaupun cuba diasak dengan pelbagai soalan berkaitan, Tengku Adnan bagaimanapun berkeras untuk tidak menyentuh mengenai perkembangan politik semasa.

Beliau bagaimanapun hanya berkata: "No comment...tunggu lepas raya."

Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan hasil siasatannya yang mendapati sejumlah wang bernilai RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tu. Razak adalah daripada penderma dan bukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain