suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat 'Mengundur' Di Klia2 Bukan Disebabkan Tempat Parkir - MAHB

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata siasatan awal menunjukkan insiden pesawat 'mengundur' pada 17 Julai, 2015 bukan disebabkan turapan di tempat parkir di Lapangan Terbang Antarabangsa  Kuala Lumpur 2 (klia2).

"Terdapat enam pesawat lain, semuanya milik AirAsia Indonesia, yang selamat di parkir, biasanya di tempat yang sama sebelum dan selepas insiden berkenaan," kata MAHB dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Insiden berlaku pada 9.18 pagi ke atas Penerbangan QZ0120 AirAsia Indonesia di Petak Q11.

Dalam situasi itu, kemungkinan insiden terbabit disebabkan oleh penyendal tidak diletakkan dengan betul oleh petugas darat syarikat penerbangan.

Menurut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 1996, Pelaporan Mandatori  Kejadian (MOR) perlu untuk sebarang kejadian berbahaya yang boleh menimbulkan situasi bahaya ke atas pesawat atau penumpang.

Setakat ini AirAsia tidak membuat laporan MOR kepada Jabatan Penerbangan Awam.

MAHB bagaimanapun berkata ia sudah mengambil inisiatif untuk melakukan penyelenggaraan berjadual, sebagai langkah pencegahan bagi memastikan tahap keselamatan tahap tertinggi selain menyediakan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan dan pengguna lapangan terbang.
KLIA2, MAHB

Artikel Sebelum

Artikel Lain