suria

"Saya Tidak Sertai Parti Pembangkang" - Shafie Apdal

Mohd Shafie Apdal.
SEMPORNA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau merancang untuk menyertai sebuah parti pembangkang.

"Ia adalah satu pembohongan.
 

"Selepas saya digugurkan, beberapa pihak mula menyebarkan cerita bahawa saya akan meninggalkan Umno dan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO Baru)," kata Shafie.

Beliau berkata demikian pada sesi bertemu rakyat yang pertama selepas digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah oleh Perdana Menteri pada Selasa lalu.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna meyakinkan penyokongnya bahawa beliau akan kekal bersama Umno dan terus bekerja demi memperkukuhkan parti.

"Saya tidak hilang fokus untuk terus membantu dan berusaha demi rakyat walaupun saya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kabinet.

"Shafie berkata beliau akan kekal setia kepada Umno sejak hari pertama parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah pada 1991.

"Kami semua perlu setia kepada parti. Kami harus meneruskan perjuangan demi rakyat," katanya pada perhimpunan yang dihadiri Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senalang.

Turut hadir Adun Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong dan beberapa pemimpin Umno Bahagian Semporna.

"Seorang pemimpin mesti mempunyai prinsip dan melakukan perkara yang betul," katanya kepada ahli Umno Semporna.

Shafie berkata beliau mempunyai banyak masa untuk bertemu peringkat akar umbi dan menarik orang ramai menyertai Umno selain mendaftarkan mereka sebagai pengundi.

"Kita mempunyai strategi untuk menarik ahli-ahli baharu," katanya.

Mohd Shafie Apdal, Umno

Artikel Lain