Ahli Umno Perlu Tumpu Usaha Perkukuh Parti - Bung Moktar

SANDAKAN: Anggota Umno tidak perlu mempertikaikan isu rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya menumpukan usaha mereka memperkukuhkan parti, kata anggota majlis tertinggi parti itu, Datuk Bung Moktar Radin.

Beliau berkata, anggota parti perlu memikirkan cara yang lebih proaktif untuk menggerakkan parti agar tetap kukuh daripada terus mempersoalkan isu berkenaan.

"Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan UMNO telah melalui krisis seumpama ini beberapa kali tetapi kita masih berjaya dalam perjuangan Umno sehingga kini kerana keyakinan tinggi terhadap perjuangan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kinabatangan di sini, Ahad.

Ketua Umno Bahagian Kinabatangan itu berkata, perjuangan parti tidak boleh terhenti walaupun pemimpin bertukar ganti dan ia harus diteruskan.

"Ahli parti perlu bekerja keras menggerakkan dan memperkukuhkan benteng parti demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pucuk kepimpinan parti,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting adalah memperkukuhkan jentera Umno bagi mempertahankan kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Bung Moktar yang juga anggota Parlimen Kinabatangan berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat Perdana Menteri dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

"Saya juga menghormati pendirian Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Naib Presiden Umno (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) yang telah menyatakan sokongan mereka untuk terus berkhidmat dan membantu Umno memenangi pilihan raya umum ke-14 walaupun tiada sebarang jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Katanya, pemimpin di peringkat bahagian, anggota Umno dan tiga sayap parti tidak perlu bimbang dengan kedua-dua pemimpin tertinggi Umno itu kerana mereka tetap bersama dalam parti dan menunaikan tanggungjawab selaku timbalan presiden serta naib presiden. - Bernama

Bung Moktar Radin, Umno

Artikel Sebelum

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain