suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Felda Bina 20,000 Unit Rumah Untuk Generasi Baharu

GUA MUSANG: Felda akan membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu di seluruh negara dengan harga RM90,000 seunit yang dijangka siap secara berperingkat dalam tempoh lima tahun lagi.

Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malek berkata, setakat ini 8,500 unit rumah telah siap dibina manakala baki 11,500 unit lagi dalam pembinaan.

"Kita akan bina termasuk dua tempat di Felda Wilayah Gua Musang iaitu di Rancangan Tanah Felda Chiku 6 dan Kemahang masing-masing sebanyak 300 unit," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata buat permulaan, rumah itu akan didiami secara sewa beli. - BERNAMA

Felda

Artikel Lain