suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid Terima Watikah Pelantikan TPM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra di sini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan Kabinet yang diumumkan perdana menteri pada 28 Julai lepas.

Sejurus menerima watikah pelantikan, Ahmad Zahid diiringi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menuju ke pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi memulakan tugas.

Beliau mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.30 pagi.

Ahmad Zahid yang kelihatan ceria kemudian mengaminkan bacaan doa oleh pegawai agama Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ustaz Azhar Tuarno.

Terdahulu Ahmad Zahid menyertai perhimpunan bulanan JPM yang turut dihadiri  Menteri di JPM Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalan Menteri di JPM Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga baharu dilantik menganggotai Kabinet.

TPM, Putrajaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain