suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konvoi Motosikal Iringi TPM Ke Mesyuarat Umno

BAGAN DATOH: Kira-kira 200 motosikal menyertai konvoi bagi mengiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Wisma Umno Hutan Melintang bagi menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh.

Ahmad Zahid yang tiba pada 9.35 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Umno Bagan Datoh Khairuddin Termizi.

Terdahulu, timbalan perdana menteri menziarahi pusara ibu bapanya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat.

Ini merupakan kepulangan pertama Ahmad Zahid ke Bagan Datoh selepas beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang digugurkan dalam rombakan kabinet pada 28 Julai lepas.

Mesyuarat Perwakilan Umno Bagan Datoh pada Sabtu akan dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Menteri Besar Pahang, pada 2 petang.

Ahmad Zahid juga dijadual menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di pekarangan Wisma Umno berkenaan petang ini.

Umno, TPM

Artikel Lain