Ibu Saya Sedang Hamil Maut Ditembak Komunis - Othman

KUALA LUMPUR: Hari Pahlawan kali ini membawa seorang ahli perniagaan terkenangkan kejadian ngeri dan sedih apabila  ibunya yang sedang hamil ditembak mati oleh komunis dalam insiden di kuaters polis Kuala Krau, Pahang, 67 tahun lalu.

Ahli Perniagaan itu, Othman Mohd Yusoff merupakan sebahagian daripada tetamu pada sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka yang memaparkan semula kisah di kuaters tersebut.

Ketika ditemuramah oleh The Star, Othman, 71, memberitahu, pertempuran antara polis dan komunis itu berlaku pada 9.30 malam, 26 Jun, 1948.

Ketika itu, keluarganya merupakan sebahagian daripada penghuni kuaters berkenaan dan ibunya yang berusia 23 tahun, Mahami Kumel menjadi pejuang yang sedang bertempur dengan 30 hingga 40 komunis.

"Ibu saya yang juga suri rumah telah dilatih menggunakan senjata. Dia terpaksa menggunakan senjata pada malam itu untuk melindungi saya dan abang ketika bapa kami sedang bertempur dengan komunis.

"Dia masih memakai telekung solat ketika mula bertempur dengan komunis," ceritanya.

Ketika itu, Othman yang berusia empat tahun dan abangnya telah dilipat di dalam tilam supaya tidak ditemui komunis.

"Ibu saya terus bertempur dengan komunis melalui tingkap sehingga pukul 4 pagi.

"Ketika ibu meninggalkan kami untuk membantu ayah bertempur di luar, ketika itulah dia ditembak mati," katanya.

Othman berkata, kejadian itu telah membuatkannya lebih kuat dan berfikir untuk tidak cepat mengalah.

"Insiden ini mengajar kita untuk tidak cepat mengalah walaupun menempuh dugaan sekuat mana sekalipun," tambahnya yang mempunyai lima anak dan 16 cucu.

Turut hadir pada sambutan Hari Pahlawan ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Komunis, Hari Pahlawan

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain