Agong, TPM Hadir Doa Selamat Sempena Hari Pahlawan 2015 - Semasa | mStar

Agong, TPM Hadir Doa Selamat Sempena Hari Pahlawan 2015

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tiga kanan) bersama jemaah ketika menghadiri majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2015 di Masjid Negara di sini, Khamis malam. Turut hadir (dua, dari kiri) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Khamis malam berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Hari Pahlawan 2015 di Masjid Negara di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad itu diadakan bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota keselamatan.

Hari Pahlawan disambut setiap31 Julai bagi memperingati perjuangan para pahlawan negara demi kemakmuran dan kedaulatan negara.-- Bernama 


Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain