suria

"Saya Bertemu Justo" - Lester Melanyi

Lester Melyani

KUALA LUMPUR: Bahagian kedua video yang mendedahkan mengenai artikel Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperoleh akhbar The Star.

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao Krishnan Naidu yang mendakwa bertanggungjawab terhadap video itu berkata, dua bahagian lagi akan dikeluarkan pada masa sesuai.

Menerusi video terkini berdurasi enam minit, bekas pengarang Lester Melanyi mendakwa menemui warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang ketika ini disiasat polis Thailand berhubung dakwaan ugutan.

Lester berkata, dia bertemu Justo di London "dua atau tiga kali" pada 2012 dan 2013 dan percaya bekas eksekutif PetroSaudi tidak mengubah sebarang dokumen yang didakwa dicuri daripada bekas majikannya.

Bagaimanapun, dia mendakwa Justo menemui pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan menyerahkan hanya 10 peratus dokumen yang diperolehnya.

"Baki 90 peratus lagi direka rakyat Malaysia, pembangkang. Dia tidak mengusiknya. Pereka laman di London memang mahir. Jika anda meminda menghasilkan wang, ia dapat dilakukan dan kelihatan asli," kata Lester.

Beliau mendakwa, pereka yang memalsukan dokumen untuk misi Sarawak Report itu bagi meletakkan kesalahan jenayah pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lester berkata, Justo seorang lelaki yang mudah disenangi dan dia tidak percaya warga asing itu melakukan jenayah sedemikian, juga tidak mungkin Rewcastle-Brown membayar Justo untuk membocorkan maklumatkan kepadanya.

Beliau mendakwa Justo dan Sarawak Report diperkenalkan oleh pengarah Tabung Bruno Manser (BMF) untuk mereka cerita dan memastikan ia menjadi sensasi.

"Dia terbang dari Switzerland ke London untuk melihat apa Clare dapat lakukan dengan berita mengenai Malaysia untuk menyerang Najib," kata Lester.

Setakat ini, Sarawak Report belum memberi sebarang maklum balas berhubung perkembangan terkini ini.



Lester Melanyi, Sarawak Report, Justo

Artikel Lain