suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Maut Dalam Nahas Di Machang

Gambar hiasan.

KOTA BARU: Lima orang dilapor maut dalam nahas yang membabitkan dua buah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Krai-Kota Baharu dekat Kampung Bunut, Machang.

Mangsa dikenali sebagai Irwan Mohd Zain, 33, Siti Khadijah Ibrahim 33, Muhammad Zahrin Ariq Irwan, 6 bulan, Muhammad Zahran Arfan Irwan, 4 tahun, dan Nurul Atiqah Abd Aziz, 19.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, DSP Ashraff Ali Kutti berkata kedua-dua kereta berkenaan dilapor bertembung kira-kira 4.20 petang Jumaat.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Bomba Yusoff Mahmood berkata mangsa tersepit di dalam kereta dan orang ramai turut membantu mengeluarkan mereka.

maut, kemalangan

Artikel Lain