suria

20,257 Kemalangan, 155 Kematian Direkod Dalam Op Selamat

Mohd Fuad Abdul Latiff.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20,257 kemalangan dan 155 kematian direkod di seluruh negara dalam tempoh tujuh hari Op Selamat dilancarkan sejak Jumaat lepas.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata penunggang dan pembonceng motosikal merupakan bilangan terbesar yang maut  dengan 94 kes manakala kereta sebanyak 35 kes.

"Dari jumlah 155 kematian itu, 97 kematian berlaku di jalan persekutuan dan jalan negeri manakala masing-masing 20 kematian di lebuh raya dan jalan bandaran," katanya.

Purata jumlah kematian kali ini lebih tinggi iaitu 22 orang sehari berbanding 13 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata pihaknya akan mengkaji punca kemalangan.

Mengenai jumlah saman, Mohd Fuad juga berkata sehingga semalam, 53,634 saman dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju sementara 2,508 saman dikeluarkan kerana pemandu memotong barisan dan 543 saman kerana pemandu menyalah guna lorong kecemasan.

Op Selamat akan berakhir pada 24 Julai.

Artikel Berikut

Artikel Lain