suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazir Razak Mahu Sentimen Kaum Diharam Demi Masa Depan Negara

Paparan skrin akaun instagram milik Nazir Razak.

PETALING JAYA: Datuk Seri Nazir Razak mahu perbuatan yang menyentuh sentiman perkauman diharamkan berikutan kebimbangannya terhadap masa depan Malaysia.

Beliau yang menyentuh insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada Ahad lalu, Nazir yang merupakan Pengerusi Kumpulan CIMB dan adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian di akaun instagram miliknya. 

"Apabila pencuri telefon bimbit yang bodoh menyebabkan pergaduhan antara kaum, saya bimbang mengenai masa depan mereka.

"Marilah kita membuat ketetapan dengan menjadikan perkauman ini sebagai sesuatu yang dilarang demi merapatkan kita semua bersama," katanya.

Kenyataan Nazir itu turut dimuat naik bersama gambar yang memaparkan kanak-kanak dari pelbagai kaum memakai pakaian tradisional.

Pergaduhan itu yang mengakibatkan lima cedera bermula dari isu dakwaan kecurian telefon bimbit yang kemudiannya menimbulkan ketegangan membabitkan kira-kira 100 orang dekat Plaza Low Yat pada Ahad.

Seorang penganggur berusia 22 tahun didakwa kerana mencuri manakala 30 lagi ditahan bagi membantu siasatan.

Plaza Low Yat, Nazir Razak

Artikel Berikut

Artikel Lain