suria

Oppo Malaysia Siasat Dakwaan Jualan Produk Tiruan Di Rangkaiannya

PETALING JAYA: Pengeluar telefon bimbit, Oppo Malaysia akan menyiasat dakwaan mengenai jualan produk tiruan yang menggunakan jenamanya, kata pengurus jenama, Chen Lu.

"Semua rangkaian rasmi Oppo Malaysia, peniaga, pengedar dan rakan niaga dipilih secara teliti bagi menyediakan produk Oppo yang tulen serta perkhidmatan yang berkualiti.

"Mana-mana pengguna Oppo yang berhadapan dengan sebarang aktiviti yang diragui dan mencurigakan, atau anda mahu mendapatkan pengesahan ketulenan telefon bimbit anda, anda boleh memeriksanya melalui Oppo IMEI Checker," kata Lu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Lu mengulas dakwaan bahawa rangkaiannya menjual produk tiruan yang didakwa sebagai punca kekecohan di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Polis berkata, insiden di mana sekumpulan lelaki yang pergi ke sebuah kedai di aras bawah pusat membeli-belah berkenaan, sehingga merosakkan kedai dan barangan elektronik yang dianggarkan kira-kira RM70,000, sebenarnya membabitkan kejadian curi.

Sebuah video berhubung insiden itu kini menjadi viral di media sosial.

Low Yat, Oppo Malaysia

Artikel Lain