suria

Rapid Penang Siasat Insiden Bas Rempuh Kedai

GEORGE TOWN: Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, memulakan siasatan dalamannya terhadap kejadian sebuah bas merempuh sebuah rumah kedai di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini.

Ketua pegawai operasi Rapid Penang Mejar (B) Mohd Shukri Abdul Rahman  berkata syarikat itu juga akan beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

Pada pukul 9.15 malam Sabtu, pemandu bas berkenaan tidak dapat mengawal kenderaan itu dan menyebabkannya merempuh sebuah rumah kedai serta mencederakan tiga penumpang.

"Kami sedang memberi bantuan yang diperlukan kepada penumpang yang cedera.

Ketiga-tiga mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dirawat, dan seorang dimasukkan ke wad. Bagaimanapun, penumpang itu dijangka dibenar keluar lewat hari ini," kata Shukri dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Rapid Penang juga melakukan pemeriksaan segera terhadap pemandu bas berkenaan, Sahibul Fadhlan, yang telah berkhidmat dengan syarikat itu selama lima tahun dan berpengalaman memandu bas selama 12 tahun.

"Dia juga mempunyai prestasi kerja dan rekod memandu yang baik," katanya sambil menambah bahawa bas terbabit telah dihantar ke depo syarikat itu.

Rapid Penang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain