suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyamaran SPAD Berjaya Perangkap Pemandu Teksi Sapu

Che Hasni bersama anggota SPAD melakukan pemeriksaan Ops Tegas Banteras Aktiviti Teksi Sapu di sekitar George Town, Selasa.

GEORGE TOWN: Teknik penyamaran oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya menahan tiga teksi sapu serta dua teksi berdaftar dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dekat sini, Selasa.

Operasi selama empat jam bermula pukul tujuh pagi itu diketuai oleh Ketua Penguatkuasa Wilayah Utara, Ahmad Zaidi Shuib berserta 30 kakitangan SPAD dan lapan anggota polis.

Ketua Penguatkuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata sebelum operasi dijalankan pihaknya telah membuat identification diary untuk mengenalpasti pemilik teksi sapu itu.

Kita telah membuat semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mengenalpasti kenderaan serta lokasi kegiatan itu dijalankan," katanya kepada pemberita selepas operasi Ops Tegas Banteras Aktiviti Teksi Sapu.

Che Hasni berkata, teksi sapu itu disita kerana tidak mempunyai permit perkhidmatan daripada SPAD manakala teksi berdaftar ditahan kerana mengambil penumpang di tempat yang tidak dibenarkan.

Katanya pemandu teksi sapu itu kemudian ditahan untuk memberi keterangan lanjut sebelum didakwa di mahkamah.

Beliau berkata akibat daripada kegiatan itu ia memberi kesan kepada periuk nasi pemandu teksi yang berdaftar dengan SPAD selain memberi tanggapan negatif kepada pelancong.

Dalam pada itu Che Hasni turut menasihatkan orang awam agar tidak menggunakan khidmat teksi sapu kerana perkhidmatan teksi berkenaan tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans. -- Bernama

SPAD, teksi, Che Hasni Che Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain