suria

Ibu Bapa Bayi Koma Direman

Bayi berusia empat bulan yang dipercayai didera ini masih koma akibat pendarahan dalam otak dan mata.

SUNGAI PETANI: Ibu dan bapa kepada bayi perempuan berusia empat bulan yang koma dipercayai didera di sini, ditahan reman empat hari, bagi membantu siasatan polis.

Perintah tahanan reman sehingga 10 Julai itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Selasa.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata pasangan berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda pada pukul 11 malam tadi.

Rabu lepas, bayi itu yang baru empat hari ditempatkan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik pusat penjagaan itu selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

Mangsa dikatakan mengalami pendarahan pada otak dan mata.-- Bernama

reman, Mohd Hadi Hakimi Harun, HSAH

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Enam Akaun Bank Dibeku

Artikel Lain