suria

Pemilik Kebun Durian Jamu Pelanggan Secara Percuma

Shiong Lian (kanan) bakal menyediakan seribu biji durian secara percuma pada Rabu.

ALOR SETAR: Penggemar-penggemar durian pastinya tidak akan melepaskan peluang menjamu sepuasnya sempena Festival Durian Percuma pada Rabu.

Pemilik kebun durian, Lee Shiong Lian,53, berkata dia menganjurkan festival ini untuk berkongsi dengan semua pelanggan dan dala masa sama membantu mempromosikan negeri dan ia pertama kali dianjurkan di Kedah.

"Saya mempunyai 200 batang pokok durian, juga buah-buahan lain  termasuk rambutan serta manggis.

"Jenis durian di kebun saya ialah Musang King, Ang Heh (Udang Merah), Tangkai Panjang, D2,D24,,D99,D604 dan macam-macam lagi," jelas Shiong Lian.

Shiong Lian berkata, dia bakal menyediakan 1,000 biji durian bermula 11 pagi hingga 4 petang di Rest City Restaurant, berdekatan dengan Putra Medical Centre, di Jalan Sekerat.

"Siapa cepat, dia dapat. Sempena bulan Ramadan, orang Muslim boleh membawa pulang, manakala bukan Muslim boleh makan terus di sini," jelasnya.

Sementara itu, Shiong Lian memberitahu, harga duriannya sekitar RM5 hingga RM20 per kilogram.

"Musang King dijual pada harga RM20 per kg, Ang Heh RM10,D2 (RM10) dan lain-lain RM5-RM6 per kg.

"Saya tidak apa-apa agenda yang menguntungkan. Cuma saya gembira berkongsi durian saya dengan orang awam dan kawan-kawan," jelasnya.

Durian percuma

Artikel Sebelum

Enam Akaun Bank Dibeku

Artikel Lain