suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang Sekali Lagi Disimbah Cat Merah

Pusat Khidmat Adun Komtar, Teh Lai Heng antara pejabat DAP yang disimbah cat merah.

GEORGE TOWN: Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang disimbah dengan cat merah sekali lagi pada Ahad dalam tempoh kurang 48 jam.

Ia merupakan insiden keempat yang berlaku di pejabat DAP negeri selepas serangan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Teh Lai Heng di Jalan Talipon dan Pusat Khidmat Adun Padang Kota, Chow Kon Yeow di Jalan Kedah.

Teh yang juga merupakan ahli jawatankuasa DAP negeri berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki menunggang motosikal ke ibu pejabat kira-kira pukul 8.28 malam.

Mereka kemudiannya menyimbah cat merah di hadapan pejabat.

"Kami marah dengan tindakan ini tetapi kami tidak membuat spekulasi di sebalik kejadian yang berlaku.

"Kami berharap polis dapat menjalankan siasatan secepat mungkin," katanya ketika ditemui di Wisma DAP.


DAP, Teh Lai Heng, Chow Kon Yeow

Artikel Lain