Jabatan Penjara Nafi Anwar Bebas Keluar Masuk Penjara - Semasa | mStar

Jabatan Penjara Nafi Anwar Bebas Keluar Masuk Penjara

PETALING JAYA: Jabatan Penjara menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi layanan istimewa bertaraf VIP yang membolehkan bekas ketua pembangkang itu bebas keluar dan masuk penjara.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, Anwar pada Khamis lalu menghadiri penyiasatan Jawatankuasa Tatatertib Peguambela dan Peguamcara di Wisma Maran, Kuala Lumpur pada 18 Jun lalu berhubung aduan disiplin terhadap seorang peguam yang difailkan oleh bekas ketua pembangkang itu.

Menurutnya, pengiringan Anwar itu dilakukan selepas Ketua Pengarah Jabatan Penjara mempertimbangkan notis yang dikeluarkan oleh pengerusi jawatankuasa berkenaan berhubung aduan yang dibuat oleh Anwar di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

"Komisioner Jeneral Penjara (Ketua Pengarah Jabatan Penjara) telah menggunakan kuasanya di bawah di bawah Seksyen 31 Akta Penjara 1995 bagi melaksanakan notis tersebut.

"Sepanjang tempoh berada bersama jawatankuasa berkenaan dan semasa di Wisma Maran, Datuk Seri Anwar telah dikawal oleh pegawai penjara dengan kerjasama berterusan dari pihak polis.

"Semasa berada di tempat awam Jabatan Penjara tidak berkeupayaan mengawal sepenuhnya mana-mana pihak untuk mengambil gambar dan seterusnya menggunakan gambar tersebut bagi apa-apa tujuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media sosial Jumaat lalu yang mendakwa Jabatan Penjara memberi layanan VIP kepada Anwar berhubung kebebasannya keluar dari Penjara Sungai Buloh untuk ke Wisma Maran pada 18 Jun lalu.

Antara dakwaan tersebut adalah mengenai persoalan apakah peruntukan yang membolehkan Anwar menikmati sebegitu hebat layanan walaupun bekas ketua pembangkang itu sebenarnya merupakan banduan yang disabitkan atas kesalahan meliwat.

Supri menegaskan bahawa pengiringan Anwar dan kehadiran dalam Jawatankuasa Tatatertib Peguambela dan Peguamcara adalah mematuhi peruntukan undang-undang dan bukan satu keistimewaan seperti yang didakwa.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir­nya terhadap sabitan dan hukuman kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?