suria

Kes Cerai Bekas Ratu Cantik Dibicara Di Malaysia

Pauline bersama anak perempuannya, Angeline Francis.

PUTRAJAYA: Seorang isteri tidak mempunyai hak untuk memilih tempat tinggal, demikian menurut Mahkamah Rayuan.

Selain itu Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa kaedah common law yang menyatakan bahawa tempat bermastautin isteri mesti mengikut tempat bermastautin suaminya masih terpakai di Malaysia.

Perkara ini dimaklumkan menerusi rayuan Bekas ratu cantik Malaysia 1969, Pauline Chai Siew Phin terhadap suatu perintah yang memihak kepada suaminya, jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng agar kes perceraian mereka  didengar di Malaysia.

Peguam yang mewakili Khoo, Dr Cyrus Das berkata ia adalah kali pertama bahawa kaedah common law telah dicabar di Mahkamah Rayuan.

Anak perempuan bongsu Chai, Angeline Francis, 31, berkata beliau kecewa dengan keputusan mahkamah.

"Ia adalah hari yang menyedihkan bagi hak-hak wanita di Malaysia. Apabila ada peluang untuk memberikan wanita lebih hak dan persamaan, ia adalah jelas mengecewakan.

"Saya akan menyampaikan maklumat ini kepada ibu saya yang kini di berada luar negara," Angeline kepada pemberita selepas keputusan mahkamah pada Jumaat.

Hakim Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim berkata mereka mendapati tiada asas dalam rayuan Chai.

"Kaedah common law mengenai kedudukan isteri terpakai kepada isteri dalam kes ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain