suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perampas Kapal Tangki Lepaskan Diri, 22 Kru Selamat

KUALA LUMPUR: Kumpulan lanun yang merampas kapal tangki minyak MT Orkim Harmony sudah melarikan diri, kata Tentera Laut Diraja Malaysia.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata perampas berjaya melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal berkenaan.

Menurut beliau, semua 22 anak kapal ditinggalkan dalam keadaan selamat.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa kesemua anak kapal berkenaan berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan TLDM dengan perampas kapal berkenaan.

Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal 6 petang ini.

"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain