Semua Kru Kapal Hilang Selamat - Semasa | mStar

Semua Kru Kapal Hilang Selamat

Kapal tangki MT Orkim Harmony.

PETALING JAYA: Semua kru kapal tangki, MT Orkim Harmony berada dalam keadaan selamat dan suspek yang merampas kapal tersebut sedang dipujuk untuk menyerah diri, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Dalam akaun Twitternya pada Khamis, Abdul Aziz berkata, suspek diberi jaminan bahawa mereka tidak akan diapa-apakan pihak berkuasa.

"MT Orkim Harmony: KD Terengganu sedang mengekori kapal terebut dan berkomunikasi dengan kapten kapal itu. Semua kru selamat dan tidak diapa-apakan," katanya.

Ketika dihubungi, Abdul Aziz mengesahkan kapal tersebut sudah dikesan dengan nama dan catnya telah ditukar.

"Kami sedang memantau dan mengekori kapal tersebut. Kami akan menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan semula kapal itu," katanya.

Beliau berkata tindakan susulan sedang dibincangkan.

"Kami perlu mendapatkan persetujuan pemilik dan kita juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Apa pun, kita bersedia," katanya.

Kapal MT Orkim yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar.

MT Orkim Harmony , selamat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain