suria

Anwar Dakwa Pakatan Rakyat Masih Berfungsi

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ketiga-tiga parti politik pakatan rakyat masih bekerjasama, walaupun ia diumumkan telah berakhir.

Dakwaan Anwar itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang telah menemui beliau dalam pendengaran satu kes pada Khamis.

"Saya mengikuti perkembangan terkini yang telah menjejaskan gabungan formal pakatan rakyat. Namun secara (substance) hakikat, kerjasama di antara ketiga-tiga parti diperingkat kerajaan-kerajaan negeri, dan Parlimen demi menentang kerakusan dan ketidakdilan secara tegas terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kekal diteruskan.

"Saya ingin menggesa rakan-rakan untuk menumpukan sepenuh perhatian menjadikan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang menunjukkan kepedulian terhadap masalah rakyat berdasarkan dasar bersama pakatan rakyat," jelas Anwar.

Tambah beliau, rakyat kini sedang menanggung beban kenaikan harga barang dan perlaksanaan GST.

"Pemimpin parti bersama dengan NGO-NGO perlu berganding bahu menuntut perubahan dan menolak kerakusan kuasa dan rasuah kerajaan BN," dakwanya.

Anwar, 67, kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar Ibrahim

Artikel Lain