suria

Peniaga Bazar Ramadan Di Sarawak Wajib Letak Tanda Harga

Bazar Satok antara yang sentiasa dikunjungi penduduk sekitar bandar Kuching pada Ramadan.

KUCHING: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak mewajibkan semua peniaga di bazar Ramadan di seluruh negeri ini supaya meletakkan tanda harga pada makanan yang dijual.

Timbalan Pengarahnya, Abd Hafidz A Rahim berkata, sehubungan itu, pihaknya akan melakukan pemantauan harga di semua bazar Ramadan seluruh negeri bermula Khamis.

"Langkah meletakkan tanda harga bertujuan memudahkan pengguna melihat perbandingan harga makanan yang dijual dan memberi pilihan kepada pengguna untuk membuat keputusan yang bijak.

"Kita juga akan memantau agar peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut barang makanan dengan mengambil keuntungan tinggi" katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Abd Hafidz berkata selain melakukan pemantauan harga, pihaknya juga merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan makanan yang dijual adalah berkualiti dan tidak rosak. -- Bernama

Ramadan, Sarawak, tanda harga, bazar

Artikel Lain