suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Lemah Gegar Ranau Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 5.58 pagi Khamis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi pada Khamis, gegaran hanya dirasai di kawasan Ranau.

Gegaran kali ini adalah yang ketiga melanda kawasan itu sejak Rabu.

Pada Rabu, dua gempa bumi lemah dicatatkan berlaku di Ranau iaitu yang pertama berukuran 2.5 pada skala Richter pada pukul 11.51 pagi, diikuti gegaran kedua berukuran 3.4 pada skala Richter pada 6.12 petang.

Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Sabah  menyebabkan 18 orang terkorban dan memusnahkan harta benda.


gempa bumi, Ranau

Artikel Lain