suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumlah Mangsa Banjir Di Tiga Pusat Pemindahan Di Ranau Kekal

Sungai Kadamaian terjejas teruk berikutan banjir lumpur ekoran kejadian tanah runtuh berlaku di Gunung Kinabalu. -fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Ranau kekal 852 orang daripada 177 keluarga, pagi Khamis.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata kesemua mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu

Dewan Masyarakat Ranau (522), Dewan Mini Kundasang (167) dan pusat pemindahan sementara Marakau (163).

Beliau memberitahu kekerapan hujan di daerah itu membimbangkan mangsa yang berada di pusat pemindahan berkenaan.

"Pemantauan masih dijalankan dan penduduk yang berada di pusat pemindahan akan diarah pulang sekiranya keadaan keselamatan terjamin," katanya.


pusat pemindahan, banjir, Ranau

Artikel Berikut

Artikel Lain