Kenyataan Nazri Terhadap Tunku Ismail Tepat - Khairy

Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai reaksi balas terhadap komen yang dibuat Tengku Mahkota Johor adalah tepat, kata Khairy Jamaluddin.

"Apa yang Tengku Mahkota katakan perlu disokong dengan penjelasan.

"Baginda tidak boleh membuat kenyataan umum mengenai Perdana Menteri tanpa memberikan butiran lanjur walaupun berhak untuk bersuara," kata Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita pada Rabu.

Komen Tunku Ismail Sultan Ibrahim, katanya, menyebut Perdana Menteri 'mempunyai sesuatu untuk disembunyikan', satu tanggapan yang dikesali.

"Cara Nazri memberi amaran mungkin boleh dipertikaikan tetapi mesejnya adalah wajar," kata Khairy.

Khairy tugas menggesa kedua-dua individu tersebut untuk menyelesaikan pertelagahan yang semakin berpanjangan secepat mungkin kerana adalah tidak bijak untuk seorang kerabat diraja dan menteri kabinet berdebat di khalayak ramai.

"Saya percaya apa sahaja perbezaan pendapat boleh diselesaikan," katanya.

Terdahulu, Khairy menyampaikan biasiswa Petronas bernilai RM100 juta kepada 318 pelajar cemerlang SPM dalam satu majlis yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak.

Pada Sabtu lalu, Nazri mengarahkan Tungku Ismail untuk menjauhkan diri dari politik, jika tidak beliau akan mendapat perkara sama.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tungku Ismail yang memuat naikkan suatu status di laman Facebook Johor Southern Tigers, dengan menyatakan baginda tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke sesi dialog itu.

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain