suria

Umno Kelantan Nafi 'Bermasalah' Baiki Masjid Rosak Akibat Banjir

Datuk Seri Mustapa Mohamad
PETALING JAYA: Umno Kelantan menafikan dakwaan DAP bahawa mereka sedang berdepan masalah dalam membaiki masjid yang rosak akibat banjir di negeri ini.

Ketuanya, Datuk Seri Mustapa Mohamad berkata, tawaran yang dibuat oleh Setiausaha  Organisasi DAP Anthony Loke untuk membina sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh di Gua Musang telah disalah anggap.

Beliau berkata telah ada peruntukan sebanyak RM50,000 yang telah diluluskan oleh sebuah kumpulan urus dana Umno untuk membaiki masjid di kampung itu.

"Keperluan sebenar adalah untuk membaiki masjid di kampung itu, bukan untuk membina masjid yang baharu di kawasan itu," kata Mustapa dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata sehingga Mei 2015, sebanyak RM4.3 juta telah dibelanjakan oleh Tabung Ihsan Pemulihan Banjir Kelantan untuk membaiki 98 buah masjid dan 170 madrasah di negeri ini.

"Tuduhan DAP bahawa terdapat masalah dalam membaiki masjid yang rosak akibat banjir sama sekali tidak benar," katanya.

Mustapa juga mengecam tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan daripada keadaan itu untuk kepentingan politik.

Beliau menggesa rakyat Kelantan tidak terpengaruh dengan pihak luar yang mewujudkan syak wasangka kepada komitmen Umno untuk membantu umat Islam di negeri ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain