suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Itu Pandangan DAP" - Azmin

Mohamed Azmin Ali
KOTA BAHARU: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan DAP tentang tiada lagi wujud Pakatan Rakyat yang membentuk kerjasama antara PKR, PAS dan DAP, hanya pandangan DAP.

"Tak apa, itu pandangan yang dikemukakan DAP.

"Kalau nak tanya pandangan saya, rujuklah kenyataan Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semalam (Isnin)," katanya kepada pemberita di sini, malam Selasa.

Mohamed Azmin yang enggan mengulas lanjut, berkata PKR telah membuat pendiriannya iaitu melalui Presidennya.

Dr Wan Azizah dalam kenyataannya semalam berkata semakan semula bentuk kerjasama itu perlu dilakukan untuk memperkukuh kesemua parti dalam pakatan itu selaras dengan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.

Akhbar pada Selasa melaporkan bahawa PKR melihat keperluan mendesak untuk menyemak semula bentuk kerjasama kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud sesuai dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dalam mesyuaratnya semalam.

Artikel Lain