suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakatan Masih Wujud - Nik Abduh

Nik Abduh Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas DAP mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz menepis kenyataan rakan sekutu gabungan pembangkang itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berpendirian bahawa Pakatan tidak berkubur kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP masih berada dalam gabungan pembangkang itu.

Malahan, katanya, kenyataan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud itu hanya sekadar pandangan DAP.

"Tak habis. (Pakatan) akan kekal dengan dua parti. Kita dalam Pakatan adalah gabungan parti. Selagi Pakatan ada lagi dua parti di atas maka gabungan itu wujudlah.

"(Ia) bergantung kepada PAS dan PKR. Pakatan ini gabungan dua parti ke atas," katanya di lobi Parlimen, Selasa.

Beliau berkata, sebarang cadangan untuk membubarkan Pakatan perlu dilaksanakan oleh ketiga-tiga parti pembangkang itu.

"DAP bebas untuk membuat keputusan, tetapi PAS akan membuat keputusan sendiri. Lebih baik tidak wujudkan tekanan terhadap PAS sehingga Majlis Syura bermesyuarat," katanya.

Ditanya jika PKR juga membuat pendirian sama seperti DAP, beliau berkata: "Apabila tiba masanya kita akan putuskan."

Sementera itu, Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai Pakatan Rakyat.

"Ketika ini, tiada sebarang kesimpulan dapat dibuat. Mesyuarat akan diadakan dengan kepimpinan tertinggi parti untuk membincangkan tindakan susulan," kata Ahli Parlimen Temerloh itu.






Artikel Lain