suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakatan Rakyat: PKR 'Kunci' Mulut

Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'kunci' mulut berhubung kedudukan Pakatan Rakyat sehingga parti itu memuktamadkan pendiriannya.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, biro politik parti itu akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat yang akan diadakan di ibu pejabatnya di sini Selasa malam.

“Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata, mesyuarat itu perlu susulan kenyataan yang dikeluarkan DAP mengenai Pakatan Rakyat pada pagi Selasa.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi kenyataannya mengumumkan pendirian partinya bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.

Pendirian itu dibuat susulan tindakan pimpinan PAS yang diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang bermula krisis Menteri Besar Selangor, isu hukum hudud dan keputusan Muktamar PAS untuk menolak kerjasama dengan DAP.


PKR, Pakatan Rakyat, Rafizi Ramli

Artikel Sebelum

Artikel Lain