suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harapan Baharu Untuk Rakyat Walau Pakatan 'Berkubur' - Kit Siang

Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata parti  tidak mahu membuang masa dengan krisis justeru satu keputusan dibuat bagi memperbaharui harapan rakyat untuk perubahan dalam pilihan raya umum akan datang. 


"Jadi, kita beri mereka harapan baharu. Kita perlu meneruskan usaha dan menghidupkan semula harapan. Harapan perlu dihidupkan semula," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Beliau menyifatkan pembentukan Pakatan Rakyat sebagai polemik yang tidak sepatutnya dan perubahan perlu digerakkan memandangkan harapan sebelum ini yang dibuat PR musnah.

Kit Siang juga menafikan bahawa DAP bertindak berlebihan dalam isu ini dan bertegas bahawa tindakan itu dibuat demi memenuhi harapan rakyat yang mengundi mereka dalam pilihan raya umum lepas.

Menjawab satu soalan sama ada DAP sepatutnya menunggu keputusan muktamad daripada ketua pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden  PKR, Kit Siang berkata: "Tidak. Wujud untuk wujud..jika satu parti telah meluluskan resolusi, jadi kita perlu menghadapinya. Bukan itu keadaan yang kita hadapi (keperluan persetujuan ketiga-tiga pihak)," katanya.

Artikel Lain