suria

Hasrat Penunggang Motosikal Rentasi Dunia Tidak Kesampaian

Gambar diambil menerusi Facebook Lim.
GEORGE TOWN: Perjalanan merentasi dunia bersama sembilan rakan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Phagwara, India.

Lee Hang Chung, 53, dari Pulau Pinang, terbunuh apabila merempuh belakang sebuah trak mini di National Highway 1 ke Pakistan dari New Delhi.

The Times of India Online melaporkan kemalangan pada Sabtu, berlaku apabila trak bergerak perlahan dan telah menyebabkan kesesakan.

Pegawai Stesen Phagwara City, Param Sunil Singh Randhawa, berkata mayat Lee disimpan di dalam rumah mayat dan warisnya telah dimaklumkan oleh ahli kumpulan lain.

"Semua ahli kumpulan yang lain selamat. Kedutaan Malaysia tidak dapat dihubungi kerana hari Sabtu.

"Kami telah memaklumkan kepada balai polis Chanakyapuri di New Delhi mengenai kemalangan itu dan juga telah menghantar e-mel kepada Kedutaan Malaysia.

"Pemandu lori mini, Sukhdev Raj dan kenderaannya telah ditahan,"

Lee merupakan ahli kumpulan Touraride yang memulakan perjalanan 50,000km dari Downing Street di Pulau Pinang untuk Downing Street di London.

Kumpulan ini memulakan perjalanan pada 5 Mei dan dijangka sampai ke destinasi pada awal tahun depan. 


Usaha untuk menghubungi ketua pasukan kumpulan motosikal tersebut gagal.
Maut, Penunggang Motosikal

Artikel Lain